23 October 2013

SEKSI OVARI , Bukan sekadar nukilan tapi perkongsian hati

Seksi Ovari by Fazleena Hishamuddin .

Ada apa dengan nukilan ini sehingga saya berkongsi di blog ini.
Bagi saya , Seksi Ovari bukan nukilan biasa.
Melalui pembacaan saya, cukup jelas sang penulis menulis menerusi hati.
Menulis berdasarkan kehidupan kita pada hari ini.

Mengapa saya sungguh teruja untuk mempunyai buku ini?
Saya memang bukan seorang penulis mahupun penyinta puisi,
Tetapi nukilan ini cukup menarik minat saya.
Bermula dengan gambar puisi yang dikongsi oleh rakan FB,
Serta gambar puisi 'Harap harap OK' yang dikongsi oleh rakan baik.
Saya mulai tertarik pula untuk memilikinya.

Dan akhirnya, saya menghubungi sang penulis,
Berurusan untuk mendapatkannya.
Sumpah! Sang penulis , Kak Fazleena memang baik dan peramah.
Saya bertambah teruja untuk mendapatkan buku ini.

Alhamdulillah,nukilan ini sampai di tangan saya.
Bersama coretan Kak Fazleena serta ayat 'ajaib' STAY SEXY :p

Terima Kasih Kak Fazleena untuk nukilan ini :))




LOTS OF LOVE,





2 comments: